SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PENGAKAP KELANA UDARA A DAERAH BESUT -WE ARE THE AIRSCOUT-

PENGAMBILAN


 
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BESUT
(PENGAKAP KELANA UDARA A DAERAH BESUT)

Pengakap kelana merupakan kumpulan Pengakap dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia. Keahliannya terbuka kepada lelaki dan wanita yang berusia 18 tahun ke atas. Kegiatan Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua individu yang menyertainya. Aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana. 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI PENGAKAP KELANA UDARA A BESUT
1.       Warganegara Malaysia
2.       Berumur 18-25 tahun semasa mendaftar
3.       Bersih dari sebarang rekod masalah disiplin di sekolah dan kes jenayah
4.       Sihat tubuh badan dan berdisiplin
5.       Mempunyai status kewangan yang baik (tidak muflis)
6.       Tidak menyertai mana-mana badan beruniform N.G.O yang ditubuhkan di sekolah
7.       Berminat dengan aktiviti pengakap kelana
8.       Sanggup menghulurkan bantuan jika diperlukan
9.       Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kepengakapan
10.   Mampu memberikan sepenuh komitmen dalam pasukan

CARA-CARA MEMOHON UNTUK MENYERTAI PENGAKAP KELANA UDARA A BESUT
1.       Dapatkan Borang Pendaftaran Keahlian Dewasa PPM-1(B)
2.       Sertakan sekali bersama borang pendaftaran khas ahli pasukan pengakap kelana udara Daerah Besut
      PDB-K(U)1 dengan pegawai yang dilantik
3.       Serahkan borang tersebut kepada Setiausaha Pasukan bersertakan salinan kad pengenalan dan 2 keping
      gambar ukuran pasport
4.       Pemilihan akan dilakukan oleh panel yang dilantik dan segala keputusan adalah muktamad

KELEBIHAN MENYERTAI PENGAKAP KELANA UDARA A BESUT
1.       Dapat menyertai aktiviti pengakap di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa
2.       Dapat mengeratkan persaudaraan antara ahli pengakap seluruh dunia
3.       Dapat mengikuti aktiviti lasak seperti Paramotor, Paraglider, parajump, dan lain-lain
4.       Dapat meningkatkan pengetahuan dalam latihan udara
5.       Berpotensi untuk dianugerahkan dengan sayap Anugerah Tertinggi iaitu Sayap Juruterbang Pengakap
      mengikut syarat-syarat yang terkandung di dalam skim latihan dan diperakui oleh Persekutuan Pengakap
      Malaysia(PPM)

KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA UNTUK MENYERTAI PENGAKAP KELANA UDARA A DAERAH BESUT TERENGGANU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan