BAGAIMANA MENUBUHKAN UNIT PENGAKAP UDARA?
Pasukan Pengakap Muda dan Remaja
Bagi menubuhkan
pasukan Pengakap Muda dan Remaja Udara yang baru disamping pasukan yang sedia
ada, terutamanya pasukan yang dianjur (oleh sekolah), Pemimpin hendaklah
mencapai persetujuan dengan kuasa penganjur iaitu pihak sekolah. Bagi kumpulan
atau pasukan terbuka pula, Pemimpin bolehlah berbincang terus dengan
Pesuruhjaya Daerah. Setelah berbincang Pemimpin hendaklah mengemukakan kertas
kerja yang lengkap kepada Pesuruhjaya Daerah untuk dibentangkan kepada Ketua
Pesuruhjaya Negeri pula. Surat rasmi permohonan dari pihak sekolah serta surat
sokongan dari Pesuruhjaya Daerah mestilah disertakan bersama. Pasukan dan pihak
sekolah tidak perlu mengisi borang baru dan tidak perlu pula membubarkan
pasukan yang sedia ada.
Ketua Pesuruhjaya
Negeri, dengan kuasa yang ada pada beliau, boleh menerima atau menolak
permohonan tersebut setelah mengambil kira faktor terdapatnya jurulatih,
terdapatnya kemudahan dan kerjasama dengan agensi yang terlibat dengan aktiviti
udara, penerimaan sekolah dan pelajar, rekod pasukan, kemampuan kewangan dan
sebagainya. Ketua Pesuruhjaya Negeri, sekiranya menerima permohonan tersebut,
bolehlah memaklumkan kepada Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara serta Ibupejabat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia akan
keputusannya.
Krew Pengakap Kelana Udara
Penubuhan Krew Kelana
Udara yang baru juga mestilah dibincangkan dengan Pesuruhjaya Daerah
masing-masing. Bakal Pemimpin hendaklah melengkapkan borang PPM-8(C) beserta
dengan permohonan tauliah Pemimpin iaitu borang PPM-9(A), dan kertas kerja
penubuhan yang lengkap kemudian mengemukakannya kepada Pesuruhjaya Daerah.
Pesuruhjaya Daerah sekiranya bersetuju, akan menyokong permohonan tersebut untuk
diproses dan dibawa ke peringkat negeri untuk mendapatkan persetujuan Ketua
Pesuruhjaya Negeri pula. Sekiranya beliau turut bersetuju dengan mengambil kira
faktor-faktor yang sama seperti di atas, maka bolehlah permohonan tersebut
dimajukan ke Ibupejabat Kebangsaan.
Krew Kelana yang sedia
ada, yang asalnya bukan Krew Pengakap Udara, tidak dibenarkan menukar dengan
begitu sahaja tanpa memberitahu kepada Pesuruhjaya Daerah, Ketua Pesuruhjaya
Negeri dan Ibupejabat Kebangsaan. Permohonan baru hendaklah dibuat dengan
membatalkan sijil pendaftaran yang lama. Adalah menjadi keutamaan juga, sebelum
sebarang Krew Kelana Udara ditubuhkan, Negeri atau Daerah telah bersedia
menubuhkan pasukan Pengakap Muda dan Remaja Udara.
BAGAIMANA KAPAL TERBANG BOLEH TERBANG
Kapal terbang akan terbang apabila pergerakan udara disepanjang sayap kapal terbang yang beraerofoil menghasilkan daya angkat ke atas sayap kapal terbang tersebut lalu dalam masa yang sama disebabkan bentuk badan kapal terbang itu yang beraerofoil, daya angkat juga terhasil di seluruh bahagian kapal terbang. Daya angkat ini tadi, lebih besar daripada daya graviti jadi kapal terbang boleh terbang di udara.
SEJARAH PRINSIP PENERBANGAN
Teori dalam penerbangan ini adalah Fizik. Prinsip penerbangan nya pula dikatakan di ambil daripada teori Daniel Bernoulli, seorang saintis yang mengkaji pergerakan bendalir dan seorang ahli hisab pada kurun abad ke-18. Bernoulli dengan Prinsip Bernoulli nya menghuraikan yang tekanan yang dihasilkan daripada pergerakan bendalir adalah tidak sama atau berkadaran songsang (inversely proportional) dengan kelajuan bendalir tersebut.
Maksud Bernoulli ini, tahap tekanan bendalir tidak sama dengan kelajuan bendalir itu tadi. Dalam erti kata termudah, jika tekanan bendalir rendah, kelajuan pergerakan bendalir adalah laju dan begitulah sebaliknya.
Dalam maksud lebih mudah difahami, kalau tiada rintangan dan halangan, pergerakan sesuatu itu akan menjadi lebih cepat!
APAKAH KAITAN PRINSIP BERNOULLI DENGAN TEORI PENERBANGAN
Berdasarkan Prinsip Bernoulli tadi, kita aplikasikan ia di dalam penerbangan. Jadi teori yang terhasil adalah semakin laju udara bergerak merentasi atau melalui ruang, semakin rendah tekanan udara tersebut dan juga semakin perlahan udara bergerak merentasi ruang, semakin tinggi tekanan udara.
Jadi untuk menyimpulkan teori ini, Aerofoil ialah mekanisma yang menghasilkan daya angkat supaya kapal terbang ini tadi boleh terbang. Jadi bagaimana kapal terbang boleh terbang ialah disebabkan Aerofoil yang berfungsi untuk memberi daya angkat yang tinggi serta mengurangkan daya geseran atau rintangan diantara permukaan kapal terbang dengan udara.
Rintangan dalam maksud penerbangan ialah pergerakan yang boleh mengakibatkan kelajuan dan daya angkat pesawat itu menurun seperti kelembapan, kelajuan, tekanan, permukaan kapal terbang yang kasar, suhu dan banyak lagi. Untuk itu, Aerodinamik dicipta untuk mengkaji perkaitan diantara udara dengan kapal terbang.
DALAM MAKSUD TERMUDAH
Kapal terbang yang bukan dalam kalangan jenis jet pejuang dan helikopter tidak boleh terapung, jadi bagaimana kapal terbang itu boleh terbang ialah apabila daya tujahan enjin tadi yang membuatkan pesawat itu memecut di landasan dan apabila kawalan permukaan yang beraerofoil seperti sayap dan kepak (flap)digunakan, pesawat tadi dapat terbang ke udara secara hadapan.
1) Ingat lagi tak, semakin laju kapal terbang itu maka semakin tinggi daya angkat nya dan ini adalah prinsip penerbangan yang digunakan.2) Untuk mengekalkan keapungan kapal terbang tadi, daya tujahan mestilah lebih besar dan daya seretan mesti lah lebih kecil. Oleh itu, kelajuan kapal terbang amat lah penting kerana, jika semakin laju kapal terbang, semakin tinggi daya angkat yang akan terhasil.3) Selain itu, daya angkat mesti lebih besar agar kapal terbang tidak jatuh akibat ditarik oleh daya gravity jadi berat merupakan faktor utama ketika kapal terbang berada di udara.
PAKAIAN RASMI PENGAKAP UDARA MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan