KURSUS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA II : LENCANA PERKHIDMATAN (GREEN OUR NATURE)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Terengganu akan menjalankan kursus tersebut pada 25 hingga 27
April 2013 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala
Terengganu.
3. Dalam kursus ini, peserta akan menjalankan
aktiviti kemasyarakatan, bantu mula & rawatan cemas, promosi kempen
kesedaran alam sekitar dan aktiviti kepengakapan. Diakhirnya, para
peserta akan dapat memakai Lencana Perkhidmatan. Penyertaan dibuka
kepada kesemua Ahli Pengakap Kelana (Lelaki dan Perempuan) seluruh
Negeri Terengganu.
4. Semua Ahli Pengakap Kelana (lelaki dan
perempuan) daripada daerah tuan ditawarkan menyertai kursus ini.
Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak tuan dapat memanjangkan
tawaran menyertai kursus ini kepada semua kumpulan pengakap kelana
daerah tuan untuk menyertai kursus ini.
5. Semua peserta yang
berminat diminta mendaftar terus ke sekretariat PPMNT. beralamat di atas
bagi menyertai kursus ini. Bersama ini disertakan syarat-syarat kursus,
borang penyertaan, senarai semak keperluan kursus dan jadual kursus.
Tarikh tutup penyertaan bagi kursus pada 18 April 2013.
6.
Kepada yg berminat sila hubungi En. Mohd Rosdi bin Abd. Razak
(0139305169) Pen. Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana atau En Amir Rudin bin
Awalludin (096623100 atau email <hqscouttrg@gmail.com>) untuk
mendapatkan syarat-syarat kursus, borang penyertaan, senarai semak
keperluan kursus dan jadual kursus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan